BAB
1 MERENANG GELORA TINGKATAN 3 (THE WHEEL OF RESPONSIBILITY)
Pengarang novel: Ruslan Ngah
Muka surat rujukan: 1 - 19
Watak utama / protagonis: Badri / anak sulung Mak Siti / abang Badrul / pengawas sekolah (baharu)
Watak penentang / antagonis: Shahrul
Watak lain: Mak Siti / ibu Badri
: Badrul / adik Badri / pemain bola sepak sekolah
: Jamil / kawan baik Badri
: Cikgu Kamarul / guru kelas Badri / guru Geografi
: Siti Cahya Nadira / murid baharu / anak buah Pak Long (Badri)
: Meng Kong / kawan Shahrul
Latar tempat: rumah Badri, blok C, kelas 5 Cergas, kantin
Latar masa: awal pagi, waktu persekolahan
Perwatakan: penyayang / berdisiplin / tegas / mesra
Latar masyarakat: masyarakat yang penyayang / berdisiplin / tegas / mesra
Ringkasan bab 1
Muka surat rujukan: 1 - 19
Watak utama / protagonis: Badri / anak sulung Mak Siti / abang Badrul / pengawas sekolah (baharu)
Watak penentang / antagonis: Shahrul
Watak lain: Mak Siti / ibu Badri
: Badrul / adik Badri / pemain bola sepak sekolah
: Jamil / kawan baik Badri
: Cikgu Kamarul / guru kelas Badri / guru Geografi
: Siti Cahya Nadira / murid baharu / anak buah Pak Long (Badri)
: Meng Kong / kawan Shahrul
Latar tempat: rumah Badri, blok C, kelas 5 Cergas, kantin
Latar masa: awal pagi, waktu persekolahan
Perwatakan: penyayang / berdisiplin / tegas / mesra
Latar masyarakat: masyarakat yang penyayang / berdisiplin / tegas / mesra
Ringkasan bab 1
"Merenang Gelora" bermula
dengan Badri sibuk menggayakan tali leher dan pakaian pengawas di hadapan
cermin di rumahnya. Setelah itu dia menikmati nasi lemak sambal sotong air
tangan ibunya. Usikan adiknya tidak memesongkan fikiran Badri tentang
tanggungjawab sebagai pengawas yang juga lambang kepercayaan guru kepada
dirinya. Dalam kegelapan pagi, dua beradik itu munuju ke perhentian bas. Tiba
di sekolah, Badri terus disapa oleh Jamil yang menghamburkan pujian. Badri
memberitahu bahawa dia bertugas di blok C, sambil mengajak Jamil sebagai teman.
Bagi Badri, Jamil ialah rakan yang memberi sokongan ketika dia meminta pendapat
tentang agihan tanggungjawab pengawas dengan persediaan peperiksaan. Jamil
mengingatkan Badri tentang Shahrul, murid nakal yang suka melakukan peras ugut,
dan kes disiplin murid yang makin buruk. Namun, Badri menegaskan bahawa dia
tidak gentar, malah tidak sanggup membiarkan murid yang tidak bersalah menjadi
mangsa. Apabila diduga oleh Jamil akan keberanian Badri bertindak, Badri dengan
selamba mengatakan bahawa dia akan sentiasa merujuk guru. Dia tidak akan
bertindak sendiri atau berlagak sebagai hero.
Sebaik kembali ke kelas, Jamil
memberitahu tentang murid perempuan baharu (yang berpindah dari Sekolah
Menengah Badrul Shah, Kulim). Cikgu Kamarul masuk dan meminta Nadira
memeperkenalkan diri. Apabila loceng berbunyi, beberapa orang murid menghampiri
Nadira yang memiliki wajah yang cantik. Kemudian, apabila Badri mengusik Jamil
tentang peluang tipis Jamil mendekati Nadira, Jamil membalas bahawa Badri
bersikap kolot. Disebabkan tercabar kerana perbualan mereka didengar oleh
Nadira, Jamil "membalas dendam" dengan mengatakan Badri
antiperempuan. Marah mereka tidak lama apabila bertemu semula di kantin. Ketika
ke tandas, Badri terserempak dengan Meng Kong yang sedang berurusan dengan lima
orang murid lain. Mereka tergesa-gesa bersurai. Meng Kong juga cepat-cepat
meninggalkan kantin demi terpandang Badri. Badri berasa hairan...
Nilai murni: kasih sayang,
kemesraan, ketegasan, disiplin diri
Persoalan: kasih sayang sesama
keluarga; kemesraan dalam komunikasi keluarga; ketegasan dalam pendirian; disiplin
diri dalam
kehidupan
kehidupan
Pengajaran: kita hendaklah
sayangkan keluarga
: kita hendaklah mesra dalam komunikasi
keluarga
: kita hendaklah tegas dalam mempertahankan
sesuatu pendirian (yang benar)
: kita hendaklah menjaga disiplin diri dalam
kehidupan
kbkk: peranan pengawas dalam
menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang baik dan selesa (kondusif)
:
ciri / kualiti kepimpinan seseorang pengawas
:
kerjasama semua murid terhadap pengawas
:
konsep pengawas yang disegani, bukan dihindari.
No comments:
Post a Comment