Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara
Terbahagi
kepada dua jenis
i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya
khabar dan
perbualan
menerusi telefon.)
ii. wawancara dan
temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang
lebih
dihormati , atau ingin tahu sesuatu perkara )
·
seperti
jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama
·
setiap
karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih
·
sebelum
memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang.
Lihat contoh :
Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebelum beliau bersara.
Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan
hasil temu ramah tersebut.
·
Format
karangan ini
nama watak ditulis selari di sebelah kiri
selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan
selari
contoh :
Nama A : Assalamualaikum,
Makcik.
Nama B : Waalaikummussalam
Nama A : Apa
khabar Makcik ?
Nama B :
·
Mulakan
perbualan dengan salam sejahtera
·
anda
perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual
itu berumur gunakan panggilan “Encik”, “Tuan”, ataupun “Makcik”
·
pastikan
anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah
/
dialog.
·
boleh
gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ‘tak’ , ‘dah’
·
soalan
yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog
itu,
kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.
·
Jawapan
yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
·
elakkan
penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan “ya” atau “tidak”.
·
soalan-soalan
disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.
·
kawal
jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )
·
tanda
baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat
tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
·
mesti
di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
·
soalan
yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh
·
Akhiri
perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.
CONTOH
KARANGAN
TAJUK
Andaikan
bahawa anda menyertai pertandingan syarahan. Dalam pertandingan itu anda telah
mendapat tempat kedua. Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan Melayu. Anda
ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya.
Tulislah dialog anda selengkapnya.
RANGKA.
PENDAHULUAN
- mengucapkan tahniah
ISI
a) Siva
berharap agar kejayaannya memberi semangat kepada pelajar bukan Melayu yang
lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.
b) Menyatakan
perasaan kagum -bertanya tentang cara dia mempelajari Bahasa Melayu
c) Siva menyatakan
cara dia mempelajari Bahasa Melayu.
PENUTUP
Siva memberikan dorongan agar sama-sama menguasai bahasa kebangsaan
KARANGAN
(
Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah )
Azman : Tahniah,Siva,kerana
kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.
Siva : Terima
kasih. Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar-
pelajar
bukan Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.
Azman : Saya kagum
melihat kamu bersyarah pada hari ini. Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas
dan lancar.
Bagaimanakah cara kamu mempelajari Bahasa Melayu ?
Siva : Keluarga
saya menggalakkan saya membaca buku-buku Bahasa Melayu yang bermutu .Di samping
itu,saya mempelajari tatabahasa dengan baik. Saya selalu membuka kamus
untuk mempelajari
ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri saya
menggunakan bahasa
baku apabila membaca atau bercakap
Azman : Kalau
begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan
beberapa
pelajar Melayu yang lain dalam pertandingan itu. Saya malu,Siva.
Siva : Mengapa
?
Azman : Selama
ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu
adalah bahasa ibunda saya. Rupa-rupanya saya silap.
Siva : Baguslah,
Azman,kalau kamu sudah sedar. Sama-samalah kita belajar menguasai bahasa
kebangsaan negara kita
Azman : Ya,baiklah
,Siva...
Tajuk
: Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa.
Bagaimanakah cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua.
(
Kamu dan Azma berada di sudut kantin sekolah )
Malim : Mengapa
kamu bermuram saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ?
Azma : Duit
saya sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim.
Malim : Macam
mana boleh hilang ?
Azma : Saya
letakkan dalam beg. Balik dari rehat sahaja duit dah tak ada. Saya syak Tahir
yang curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.
Malim : Bukankah
cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam beg. Sekarang
sudah hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa ?
Azma : Jika
bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya !
Malim : Jangan
sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu tutup muka
kita? Baik kita jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.
Azma : Betul
juga kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan macam kamu.
Soalan : Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa
kepada sepasang anak kembar yang telah berjaya menjadi doktor perubatan , semasa
majlis penyampaian ijazah di Universiti Malaya. Cuba buat satu temuramah itu
dengan bertanyakan hal-hal yang berkaitan.
(Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukakan
soalan-soalan kepada Encik Karim)
Murid
: Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak kembar encik
Faizul
dan Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?
En. Karim
: Oh ! Saya pun tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya. Hanya saya kira
Tuhan merestui
kami sekeluarga.
Murid
: Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?
En. Karim
: Mmmmmmm, kalau fasal belajar, mereka memang sungguh berusaha. Hampir
sepanjang waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen
itu
jarang sekali. Kerap kali kalau menonton pun mereka menonton siaran berita
sahaja.
Murid
: Di mana mereka bersekolah ?
En. Karim
: Kesemuanya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Darau. Kemudian bersekolah
menengah di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh. Semuanya mendapat pangkat satu
di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran
dan meneruskan
pelajaran di Tingkatan Enam iaitu di Sekolah Tinggi, Jerteh.
Apabila mereka lulus
mereka belajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah !
Sekarang mereka sudah lulus dan
menjadi doktor.
Murid
: Apakah perasaan encik sekarang ?
En. Karim
: Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan gemilang
itu.
Murid
: Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk
ditemubual.
En. Karim
: Terima kasih kembali.
(Berjabat tangan dengan murid)
No comments:
Post a Comment