Monday 14 May 2012

SEGALA PUJI BAGI ALLAH

 
Posted by Picasa

KOSWER BAHASA MELAYU


KARANGAN UMUM


 KARANGAN 1
Tajuk: Dewasa ini, banyak pelajar bekerja sambilan semasa cuti persekolahan. Pada pendapat anda, wajarkah pelajar bekerja secara sambilan.
Contoh Karangan:
Apakah kerja sambilan? Sebenarnya kerja sambilan ini merujuk kerja sementara yang biasanya dilakukan oleh golongan remaja terutama ketika musim cuti sekolah. Kerja ini turut dilakukan oleh golongan tua dan wanita atas dasar untuk menambah pendapatan atau membantu suami menyara keluarga. Sememangnya kerja sambilan wajar dilakukan oleh remaja kerana sudah menjadi satu gaya hidup moden tetapi gaya ini turut mencetuskan pelbagai impak terhadap remaja.
Kerja sambilan ini memberi satu pengajaran berguna kepada remaja dalam kehidupan. Jangka masa yang pendek bersama-sama rakan sekerja dan majikan pasti meninggalkan pelbagai kesan yang menarik. Remaja menyedari betapa kehidupan social memerlukan kemahiran tinggi terutama ketika di tempat kerja. Jadi, pengalaman kerja sambilan menjadi alat untuk menjelaskan erti kehidupan sebenar kepada remaja sebelum mereka benar-benar melaluinya.
Malah, remaja mampu membentuk personality yang menarik menerusi kerja sambilan ini. Tugas di tempat kerja membina jati diri remaja yang baru kerana kerja ini memerlukan mereka menepati masa, rajin bekerja, menurut arahan, dan menggunakan minda ketika berinteraksi dengan pelanggan. Remaja yang dahulunya malas, tiada wawasan,tidak yakin diri dan sebagainya pasti berubah sebaik sahaja mereka bekerja secara sambilan ini.
Sudah pasti kelebihan ketara bekerja secara sambilan ini ialah aspek kewangan. Remaja mempunyai wang mereka sendiri yang memberi sedikit kepuasan dalam hidup. Perasaan mampu membeli sesuatu atas kemampuan kewangan sendiri sememangnya membawa satu perasaan yang tidak dapat dihuraikan. Jelaslah, kerja sambilan memberi satu kepuasan kewangan yang begitu tinggi kepada remaja.
Cuma dalam keghairahan remaja bekerja secara sambilan ini, aspek impak negatifnya harus diberi pertimbangan sewajarnya. Remaja menjadi individu yang terlalu sibuk, mementingkan kewangan, lupa tugas belajar mereka dan mungkin terlalu angkuh sehingga menganggap mereka sudah mampu hidup sendiri tanpa bantuan keluarga. Sikap terlalu rapat dengan rakan sekerja yang lebih dewasa turut mampu menjerumuskan remaja ke arah budaya yang tidak sihat.
Kesimpulannya, kerja sambilan sememangnya wajar dilakukan oleh remaja tetapi harus secara bertanggungjawab. Remaja harus menimbang dengan mendalam sebelum menyertai kerja sambilan. Bukan sahaja kebenaran ibubapa penting tetapi remaja harus bertanya kepada diri sendiri, adakah ini sesuatu yang ingin mereka lakukan? Atau mereka penuhkan masa cuti mereka dengan aktiviti berfaedah yang lain.
KARANGAN 2
Tajuk: Jabatan Kebajikan Masyarakat ditubuhkan untuk menangani pelbagai masalah dalam masyarakat.
Huraikan peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mencapai matlamat tersebut.
Contoh Karangan:
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diwujudkan dengan tujuan membantu kerajaan menangani masalah dalam masyarakat terutama berkaitan dengan kebajikan sosial mereka. Banyak masalah sosial yang wujud di negara ini seperti anak yatim piatu, kes anak angkat dan golongan miskin serta warga emas memerlukan penjagaan pihak tertentu. Pihak media massa telah acap kali menyiarkan berita tentang penglibatan jabatan ini dalam membantu golongan yang bermasalah ini. Oleh itu, pelbagai tugas telah dilaksanakan oleh jabatan ini.
Peranan yang ketara ialah jabatan ini memberikan bantuan kewangan kepada kanak-kanak miskin untuk meneruskan persekolahan mereka. Bukan sahaja wang saku diberikan tetapi bantuan buku dan bayaran yuran peperiksaan dilaksanakan oleh jabatan ini dengan baiknya. Pemberian ini banyak dikaitkan dengan kepentingan pendidikan dalam kehidupan seseorang itu terutama pada masa hadapan atau memberikan golongan ini satu cahaya dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran itu. Jadi, jabatan ini memberikan bantuan kewangan kepada kanak-kanak miskin untuk bersekolah.
Selain itu, jabatan ini turut memberikan perlindungan kepada kanak-kanak yang teraniaya. Biasanya, kes-kes penderaan menjadi punca kanak-kanak teraniaya di negara ini selain ketiadaan penjaga akibat kematian atau sebab-sebab lainnya. Kanak-kanak ini akan diberikan tempat tinggal, makan minum dan semua keperluan harian lagi untuk memastikan kehidupan mereka lebih terjamin sama seperti mereka memiliki ayah dan ibu pula. Oleh itu, jabatan ini memberikan perlindungan pula kepada golongan yang teraniaya.
Jabatan ini juga turut membantu golongan warga emas dengan memberikan golongan ini tempat berteduh yang baik. Kebanyakan warga tua yang tidak mempunyai apa-apa ini akan ditempatkan di rumah orang tua oleh jabatan ini. Di rumah orang tua inilah golongan warga emas boleh bergaul mesra dengan rakan-rakan senasib selain diberi perhatian perubatan dan keperluan kehidupan lain oleh pekerja-pekerja jabatan ini. Jelaslah, nasib warga tua turut diambil berat oleh jabatan ini dengan memberikan mereka tempat berteduh di rumah orang tua.
Malahan, pihak jabatan ini turut menghulurkan bantuan kepada golongan kurang upaya dan cacat di negara ini. Bantuan yang diberikan biasanya dalam bentuk latihan untuk memudahkan golongan ini memperoleh pekerjaan atau mencari rezeki dengan lebih mudah. Satu jumlah elaun yang tertentu juga diberikan kepada golongan ini untuk memudahkan mereka meneruskan kehidupan pula. Sesungguhnya, jabatan ini telah memberikan banyak bantuan kepada golongan cacat dan kurang upaya di Malaysia supaya kehidupan mereka lebih baik.
Kesimpulannya, Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan yang begitu besar dalam perbangunan rohaniah rakyat negara ini. Jabatan ini berusaha untuk memastikan semua lapisan rakyat Malaysia menerima perhatian dan penjagaan sosial yang sewajarnya. Lantaran itu, kerjasama semua pihak terutama pihak swasta dalam memberikan sumbangan kewangan amat diperlukan dalam memastikan semua program jabatan ini berjalan lancar. Tanpa kewujudan jabatan ini kemungkinan kebaijkan rakyat kita akan terabai.
KARANGAN 3
Tajuk: Kewujudan pasaraya besar di negara ini sudah menjadi satu kebiasaan. Cuma pelbagai masalah pula timbul tanpa disedari.
Huraikan masalah-masalah yang timbul itu.
Contoh Karangan:
Salah satu bukti yang menunjukkan bahawa masyarakat sesebuah negara itu sudah maju ialah pasaraya besar wujud dengan begitu ketara dan Malaysia sudah memiliki pelbagai pasaraya besar. Kewujudan pasaraya sebegini sudah menjadi satu lumrah kehidupan terutama di kawasan bandar besar yang mempunyai populasi yang begitu tinggi. Kebanyakan pasaraya besar ini dimiliki oleh syarikat multinasional yang berasal dari negara asing seperti Perancis dan Britain. Sudah pasti akan wujud pelbagai impak ekoran kemunculan pasaraya sebegini dalam budaya kita.
Impak negatif yang pertama ialah pasaraya besar ini berupaya menjejaskan keseinambungan peruncit-peruncit kecil-kecilan di negara ini. Kalau dahulu peruncit ini boleh bersaing dengan pekedai lain tetapi kemunculan pasaraya besar sukar ditandingi mereka. Biasanya pasaraya besar membeli barangan dalam bentuk pukal lalu berupaya menjualnya dengan harga yang jauh begitu murah. Pada masa yang sama kos operasi pasaraya ini juga begitu rendah dibandingan dengan peruncit tempatan yang tiada pilihan selain gulung tikar. Maka, semakin banyak pasaraya besar ini semakin tipislah peluang untuk peruncit tempatan untuk mengaut keuntungan.
Pada masa yang sama pasaraya besar membawa kemunculan budaya baru pula yakn budaya membeli barangan dalam kuantiti yang banyak. Biasanya pembeli terpaksa membeli dalam jumlah yang banyak untuk mendapatkan lebih banyak potongan harga jika membeli sesuatu produk itu secara berasingan. Keadaan ini menyebabkan timbulnya konsep pembaziran yang keterlaluan terutama dalam aspek penggunaan sesuatu produk dan juga kegunaan wang pengguna. Oleh itu, pasaraya besar menyebabkan budaya membazir muncul dalam masyarakat kita sedikit demi sedikit lalu menjadi satu kelaziman pula suatu masa nanti.
Akibat pembinaan pasaraya besar ini tertumpu di kawasan yang padat penduduknya masalah kesesakan lalu lintas pula menjadi semakin kronik terutama ketika hujung minggu atau awal bulan. Kesukaran untuk mendapatkan tempat letak kereta menyebabkan banyak penggunan yang berkunjung ke pasaraya ini sengaja meletakkan kereta mereka di bahu-bahu jalan lalu menghalang kelancaran lalu lintas kenderaan lain pula. Situasi sesak ini pastinya menimbulkan masalah bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga kepada penduduk sekitar yang terpaksa menghadapi keadaan yang serupa berulang kali sepanjang hidup mereka. Sesungguhnya, pasaraya besar menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas bukanlah satu isu baru lagi malah sudah menjadi sesuatu yang biasa pula.
Natijahnya, pasaraya besar memberikan satu impak yang besar dalam kehidupan masyarakat kita sekarang. Kalau kita kaji secara mendalam semua aktiviti harian masyarakat banyak tertumpu di kawasan pasaraya besar ini. Kalau dahulu berbelanja dianggap sebagai satu kehendak kini aktiviti berbelanja sudah menjadi keperuan atau amalan biasa dalam kehidupan masyarakat kita. Mungkin masyarakat kita tidak akan mengena lagi jiran tetangga mereka kerana sibuk menghabiskan masa di pasaraya sahaja. Bayangkan.
KARANGAN 4
Tajuk: Anda telah dibawa oleh ayah dan ibu anda ke satu tempat perkelahan yang menarik. Ceritakan pengalaman anda itu.
Contoh Karangan:
Sebenarnya saya memang suka berkelah di tepi pantai kerana ingin mengalami perasaan ditiup angin sepo-sepoi bahasa yang sejuk nyaman itu. Jadi, apabila ayah dan ibu memberitahu bahawa mereka merancang untuk membawa saya ke pantai Port Dickson, saya berasa begitu bersemangat untuk ke sana. Hati saya begitu ceria menanti saat tersebut malah saya tidak sabar sebenarnya.
Perjalanan ke sana dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa sejam lebih sahaja. Entah sama ada perasaan gembira saya atau sebab yang lain, perjalanan ke pantai begitu pantas berlalu. Sekelip mata saya sudah berada di tepi pantai bersama-sama ayah dan ibu. Orang ramai juga sudah berkerumun di tempat-tempat strategik untuk menikmati suasana yang nyaman itu. Hati semua nampak girang belaka.
Ayah dan ibu menyuruh saya membentangkan plastik besar untuk dijadikan tempat alas kami duduk berehat. Kerja itu saya dilakukan dengan penuh kepatuhan. Tangan saya memastikan tidak ada pasir pantai yang melekat di atas alas plastik itu. Kemudian, ibu meletakkan beberapa bekas makanan dan minuman manakala ayah segera membuka makanan itu. Kami segera menikmati hidangan yang sudah dimasak oleh ibu itu.
Sambil makan, ayah dan ibu bertanyakan saya tentang pelajaran di sekolah. Saya memberitahu bahawa pelajaran saya tiada masalah begitu juga dengan hubungan kawan-kawan yang lain. Ayah dan ibu mengambil kesempatan masa bersantai di pantai ini untuk berinteraksi dengan saya. Mereka juga memberitahu bahawa mereka mahu saya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran kerana peperiksaan semakin hampir. Saya mengangguk kepala tanda faham dan bersetuju.
Setelah selesai makan ibu menyuruh saya berjalan di sepanjang pantai itu sementara ibu dan ayah duduk berbual antara mereka. Saya bersetuju dan mula mengatur langkah dengan penuh gembira. Sambil berjalan saya melihat pelbagai telatah pengunjung bersama-sama keluarga mereka. Ada yang sedang bermain bola, ada yang mendengar radio sambil baring dan ada yang kejar mengejar antara kawan. Pada masa yang sama saya juga mendengar suara-suara gelak ketawa antara mereka itu. Alangkah bagusnya jika setiap hari begini kata hati kecil saya.
Kami berada di pantai itu hampir tiga jam sebelum menaiki kereta semula untuk menuju ke kota raya. Di dalam kereta ayah sempat bertanya kepada saya tentang perasaan saya. Lalu, saya memberitahu bahawa saya begitu gembira kerana muka saya dihembus oleh tiupan angin laut yang begitu saya suka selama ini. Mak dan ayah hanya ketawa sahaja apabila mendengar kata-kata saya itu. Saya pula tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada ayah dan ibu di dalam hati saya kerana membawa saya ke pantai.
KARANGAN 5
Tajuk: Makanan seimbang amat penting kepada setiap orang. Huraikan kepentingan makan makanan seimbang.
Contoh Karangan:
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.
Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap ini menjadikan pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
Selain itu, pemakanan yang seimbang menjadikan perkembangan mental seseorang itu terganggu pula. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Kemungkinan kepentingan pemakanan seimbang yang mudah difahami ialah makanan yang seimbang memberikan vitamin yang cukup kepada badan seseorang itu. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.
Malahan, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti masyarakat dunia. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
Kesimpulannya, kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.
KARANGAN 6
Tajuk: Kerap kali anda mendengar komen orang ramai tentang mutu sukan di Negara kita. Nyatakan punca-punca kemerosotan mutu sukan di tanah air kita.
Contoh Karangan:
Mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik dalam sukan bola sepak, hoki dan badminton. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak memberikan pendapat mereka tentang kelemahan ini. Jelaslah, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan mutu sukan negara kita terus merosot.
Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan Negara kita merosot ialah para pemaian kurang memiliki semangat cinta akan negara. Ketika bermain, ahli sukan negara tidak bermain dengan bersungguh-sungguh kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum ini. Maka, mutu sukan kita terus merudum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam jiwa pemain negara.
Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan Negara menganggap bidang sukan yang mereka ceburi itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi sebegini menyebabkan mereka tidak memberikan tumpuan penuh ketika menjalani latihan atau ingin meninggikan kualiti permainan mereka itu. Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti sampingan menjejaskan minat seseorang untuk meninggikan mutu permainan mereka.
Bukan sahaja ketiadaan semangat cinta akan negara dan menganggap sukan satu aktiviti sampingan sahaja tetapi mutu sukan negara kita merosot kerana kurangnya sekolah-sekolah sukan di negara ini. Ketiadaan sekolah-sekolah sukan menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil bakat-bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara lalu menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panjang pula. Justeru, mutu sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki sekolah-sekolah sukan yang baik.
Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan negara-negara yang maju industri sukannya. Kita tidak membina banyak kawasan sukan seperti gelanggan tenis, badminton, bola keranjang, dan stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia juga. Sesungguhnya, kekurangan kemudahan sukan menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain permainan tertentu pula.
Konklusinya, semua factor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan kualiti sukan negara ini terus tidak konsisten. Semua pihak terutama kerajaan perlulah memberikan kerjasama yang jitu untuk mengatasi kelemahan dalam program sukan negara itu. Slogan “majulah sukan untuk Negara” perlu diteliti untuk memastikan sukan di negara ini terus berkembang dengan baik.
KARANGAN 7
Tajuk: Internet lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan. Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas dan berikan alasan-alasan yang munasabah bagi menyokong hujah anda.
Contoh Karangan:
Kita harus mengikut arus semasa yakni internet merupakan satu budaya baharu dalam masyarakat kini. Lantaran itu, internet tidak boleh dipandang sebagai sesuatu yang berunsur negatif tetapi sebaliknya untuk memastikan rakyat dan negara ini standing dengan negara yang lain dalam mengejar arus pembangunan semasa. Maka, ada pelbagai impak positif yang dibawa oleh internet.
Internet merupakan satu budaya baharu yang memudahkan kehidupan manusia terutama dalam aspek komunikasi atau berhubung secara langsung dengan orang lain. Hubungan antara saudara mara yang tinggal jauh daripada kita termasuklah di luar negara maka internet boleh digunakan. Internet menjadikan komunikasi lebih cepat dan berkesan lalu mengeratkan hubungan antara manusia pula.
Manakala buat pelajar pula, internet pula boleh menjadi satu perpustakaan besar atau maya yang memberikan manfaat kepada pelajar. Semua maklumat atau informasi ini seolah-olah berada dihujung jari pelajar sahaja untuk memperolehnya. Maklumat yang diperoleh ini menjadikan minda pelajar lebih terbuka dan kreatif dalam menghadapi cabaran kehidupan zaman moden ini.
Pada masa yang sama kemudahan internet kini menjadikan banyak urusan harian dilaksanakan terutama aspek pembayaran bil-bil semasa. Kita sudah boleh membayar bil-bil elektrik, air dan telefon serta membuat pindahan kewangan lalu menjimatkan masa dan tenaga manusia. Kemudahan sebeginilah yang mampu menjadikan kehidupan manusia lebih bermakna akibat penggunaan teknologi moden ini.
Selain itu, internet juga membolehkan pelajar membuat permohonan secara terus atau “on-line” untuk memohon kerja, biasiswa atau memasuki universiti. Semua kemudahan ini mampu untuk diperluaskan dalam aspek lain pula seperti urusan dengan pihak kerajaan dan mungkin juga bidang lain. Kehidupan manusia sudah pasti akan berubah dengan adanya kemudahan internet yang sebegini.
Kesimpulannya, kita sebagai ahli masyarakat tidak boleh berfikiran sempit dan beranggapan bahawa sesuatu yang baharu itu membawa kesan negatif sahaja. Sebenarnya kesan baik atau buruk sesuatu perkara itu banyak ditentukan oleh manusia yang menggunakannya. Namun, dalam aspek internet lebih banyak impak positif yang dibawanya daripada negative kepada kehidupan manusia.
KARANGAN 8
Tajuk: Industri kraf tangan mempunyai potensi yang besar di negara kita meskipun menghadapi pelbagai masalah. Apakah langkah-langkah yang dapat diambil untuk memajukan industri ini? Jelaskan.
Contoh Karangan:
Industri kraf tangan ialah kerja-kerja penghasilan barangan kraf tradisional. Industri ini merupakan satu industri yang berpetensi besar untuk membantu meningkatkan tahap kehidupan masyarakat terutama masyarakat desa. Oleh itu, wujud pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk memajukan industri ini ke tahap yang lebih baik lagi.
Tindakan yang paling logik untuk memajukan industri ini adalah dengan membina lebih banyak pusat kraf tangan di negara. Penubuhan lebih banyak pusat kraf sebegini sudah pasti menjadikan lebih banyak produk yang boleh dipamerkan dan mudah untuk diperoleh oleh pelancong terutama dari luar. Dalam masa yang sama pusat ini juga boleh dijadikan sebagai tempat melatih lebih banyak penggiat industri ini pula.
Kerajaan juga harus menjalankan usaha untuk meningkatkan produktiviti industri ini. Pengenalan teknologi dan reka bentuk yang unik sudah pasti mampu meninggikan lagi keluaran industri ini supaya kos menjadi lebih murah dan harga yang dikenakan kepada pembeli boleh dikurangkan sehingga ke tahap minima. Produktiviti yang tinggi juga menjadikan industri ini lebih berdaya saing dan kreatif untuk memastikan produk mereka terus mendapat tempat dalam hati pelancong.
Kempen kesedaran yang meluas harus dilaksanakan terutama dalam kalangan generasi muda. Sudah ada remaja yang tidak lagi mengenali hasil kraf tangan negara kerana mereka tidak menggunakan produk itu sebaliknya lebih suka menggunakan sesuatu yang bercorak moden atau berteknologi tinggi. Kempen yang meluas juga mampu mengiklan dan meninggikan imej hasil kraf tangan pada masa yang sama.
Produk kraf tangan ini juga perlulah menggunakan hasil semula jadi yang wujud di Malaysia. Usaha mengeksploitasikan sumber semula jadi negara untuk dijadikan kraf tangan mampu memberikan sentuhan unik terhadap produk tersebut lalu meninggikan permintaannya pada masyarakat luar. Bukankah kraf tangan harus menggunakan sumber semula jadi tempatan?
Konklusinya, industri ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Semua negara menghargai hasil kraf tangan mereka dan menjadi tugas kita untuk memastikan hasil ini terus hidup subur dalam negara ini. Kegagalan kita mengekalkan kraf tangan seolah-olah menjadi buktik betapa teruknya pandangan masyarakat terhadap industri kraf tangan sendiri.

KARANGAN 9
Tajuk: Kadar kemalangan jalan raya begitu meningkat setiap tahun. Huraikan punca-puncanya.
Contoh Karangan:
Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini.
Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.
Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya.
Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik.
Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi.
Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jika selamat.
KARANGAN 10
Tajuk: Kenaikan harga minyak mula dirasai di negara ini. Huraikan impak negatif yang timbul daripada keadaan ini.
Contoh Karangan:
Kenaikan harga minyak dikaitkan dengan peningkatan secara mendadak harga petroleum di pasaran dunia. Antara sebab yang membawa peningkatan ini ialah pertumbuhan ekonomi global, peperangan di negara pengeluar minyak dan juga kejadian bencana alam yang melanda sesebuah negara itu. Jadi, kenaikan harga minyak ini memang membawa banyak impaknya.
Impak yang ketara ialah kos kehidupan masyarakat akan meningkat juga. Kebanyakan harga komoditi terutama makanan dan produk kilang akan meningkat selari dengan pertambahan harga barang lalu bajet bulanan masyarakat turut terjejas. Jelaslah, kos kehidupan akan menjadi bertambah tinggi sebaik sahaja harga minyak melambung.
Selain itu, harga barang akan turut menjadi mahal ekoran peningkatan harga minyak ini. Pengguna terpaksa membeli barang keperluan seperti makanan, pakaian dan rumah dengan kadar harga yang jauh lebih tinggi kerana kos hidup bertambah pula. Sesungguhnya, harga barang yang tinggi menyebabkan ada pengguna yang tidak mampu untuk membelinya pula.
Malah, tambang pengangkutan terutama pengangkutan awam akan berlipat kali gander pula. Syarikat pengangkutan terutama bas terpaksa meninggikan tambang kerana mereka menggunakan minyak dengan banyak untuk menjalankan operasi perniagaan mereka itu. Maka, kos pengangkutan yang tinggi ini menyebabkan ada ahli masyarakat yang tidak mampu untuk menggunakannya.
Tambahan pula, kenaikan harga minyak boleh menjadikan keadaan politik negara tidak stabil. Banyak pihak akan melakukan tunjuk perasaan sebagai satu cara untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenailkan ini. Jadi, tunjuk perasaan yang kerap itu boleh mencetuskan pelbagai keadaan yang tidak aman pula di dalam negara kita.
Kesimpulannya, semua kesan negatif ini memang wujud apabila harga minyak melambung. Kerjasama semua pihak amat diperlukan terutama kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar yang boleh mengurangkan impak kenaikan ini. Bak kata pepatah, 'sediakan payung sebelum hujan' amat penting direnungi oleh kita semua sebelum terlewat.






PANDUAN MENJAWAB - BAHASA MELAYU KERTAS 2

Panduan Menjawab

PANDUAN MENJAWAB SOALAN 


 BAHAGIAN A(i)(Ringkasan)
Masa yang dicadangkan : 40 minit
Markah : 20 Markah

1.Soalan Bahagian A Kertas 2 PMR terdiri daripada:
i) Ringkasan

Bentuk soalan

1.Satu petikan diberikan sebagai bahan rangsangan
2.Petikan terdiri daripada pelbagai bidang ilmu. Jumlah patah perkataan yang diberi setiap petikan ialah 200 – 220 dan jumlah tersebut perlu diringkaskan kepada 80 patah perkataan sahaja.
3.Kunci soalan – kemudian ringkaskan-
4.Ringkasan karangan tidak melebihi 80 patah perkataan

Kehendak soalan

1.Peruntukan markah isi ringkasan

(a) Isi – 10 markah
(b) Bahasa – 10 markah
(c) Markah keseluruhan – 20 markah

2.Markah untuk bahasa akan ditolak sekiranya terdapat kesalahan dari segi ejaan, tatabahasa dan tanda baca.

Bagaimana mendapat markah yang maksimum?

1.Pelajar mesti membaca arahan soalan yang dikemukakan dengan teliti. Sekurang-kurangnya baca dua kali. Tujuannya ialah untuk mengetahui dan memahami maksud keseluruhan petikan.

2.Fahami arahan dalam soalan. Terdapat kata kunci dalam soalan. Contohnya ........tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah berkebun.
i) Semasa membaca, gugurkan ayat atau ayat-ayat yang memperlihatkan pertindihan makna.
ii) Memendekkan frasa pada bahagian subjek atau predikat yang agak panjang. Gugurkan “contoh-contoh” atau “misalan”
ii) Menggunakan suatu perkataan atau
sesuatu frasa yang ringkas bagi menggantikan sesebuah penghuraian yang panjang.
iii) Gariskan semua isi penting dalam petikan
iv) Jangan salin ayat terus daripada
petikan. Gunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Ubah kepada perkataan seerti.

3.Jawapan yang dikemukakan hendaklah berdasarkan kehendak soalan iaitu “faedah-faedah berkebun.”

4.Pelajar mesti mengemukakan sekurang-kurangnya lima isi berdasarkan kehendak soalan. Pelajar perlu menggunakan bahasa yang gramatis.

5. Jawapan hendaklah tidak melebihi 80 patah patah perkataan. Pelajar dikehendaki menulis jumlah perkatan selepas menjawab soalan ini. Bina ringkasan dalam satu perenggan sahaja.

5.1 Panduan mengira perkataan;

- Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan, nama khas, penggunaan kata depan di dan ke, tarikh, angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan, gelaran, kata perulangan/ganda.

6. Pelajar digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal yang terdapat dalam petikan.

7. Soalan meringkaskan karangan adalah untuk menguji kelancaran bahasa dan kecekapan pelajar dalam mengecam isi-isi utama.

8. Bahan rangsangan yang dikemukakan ialah rencana yang dipetik daripada akhbar dan majalah.

9.Pelajar dikehendaki menulis isi-isi agar menjadikan karangan itu padat dengan maklumat, tetapi ringkas.

10. Isi yang dikemukakan mestilah isi utama yang terdapat dalam petikan. Jangan masuk pendapat sendiri dalam jawapan anda.

11. Ringkasan karangan tidak memerlukan pendahuluan dan penutup.

12. Markah akan dinilai berdasarkan isi dan bahasa. Sekirannya isi salah atau tidak ada dalam jawapan, maka markah untuk bahasa tidak dapat secara maksimum.

13. Tulis ringkasan karangan mengikut arahan soalan, iaitu tidak melebihi 80 patah perkataan. Markah tidak dikira bagi jawapan yang ditulis selepas 85 patah perkataan.

14. Kira jumlah perkataan dan tulis jumlahnya pada bahagian bawah ringkasan.

15. Semak ejaan dan bahasa.


SISTEM PEMARKAHAN SOALAN BAHAGIAN A(i);
20 Markah

Markah Bahasa (10 markah)

Peringkat

Ciri-ciri
Markah
Sangat baik
Baik dan lancar
Kosa kata luas

9-10

Baik
Masih baik dan lancar
Kosa kata masih baik

7-8
Sederhana
Memuaskan/kurang lancar
Kosa kata agak terhad

5-6
Lemah
Tidak cekap/lemah
Kosa kata terhad
Menyalin bulat-bulat daripada petikan
1-4


Markah isi (10 markah)

Bilangan Isi
Markah

5
9-10

4
7-8

3
5-6

2
3-4

1
1-2



PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN A(ii)(Pemahaman Petikan)Markah : 10 markah

Bentuk Soalan

1) Pemahaman petikan umum: 3 items respons terhad
- a) maksud rangkai kata
- b) jawapan dalam teks
- c) jawapan luar teks

2) Markah yang peruntukan ialah 10 markah

3) Semua soalan wajib dijawab

Kehendak soalan:

1. Jawapan yang diberikan oleh pelajar ditulis dengan lengkap dan ayat yang sempurna untuk memperoleh ayat yang penuh.

2.Pelajar tidak dibenarkan menyalin bulat-bulat jawapan daripada petikan. Pelajar hendaklah menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

3.Jawapan yang tidak lengkap atau terdapat kesalahan bahasa dan ejaan akan di tolak markah.

4.Jawapan tidak boleh ditulis dalam bentuk poin atau frasa(ayat tergantung)


Bagaimana mendapat markah yang maksimum?

1.Soalan A(ii) i peruntukkan markah maksimum bahagian ini ialah 2 markah. Bahagian ini memerlukan calon;

i) memahami/menerangkan maksud sesuatu rangkai kata dengan tepat. Biasanya perkataan tersebut akan dimiringkan.
ii) Pelajar tidak dibenarkan menulis jawapan dengan panjang lebar seperti jawapan pemahaman yang lain.
iii) Jawapan mestilah menjelaskan maksud rangkai kata dengan mencari kata sama erti atau sinonim tanpa mengubah maksud rangkai kata yang ada dalam petikan.

2.Dalam A(ii) ii peruntukan markah maksimum bahagian ini ialah 4 markah.
i) Pelajar diminta mengenal pasti jawapan daripada petikan
ii) Terdapat dua isi yang diperlukan dalam bahagian ini. Pelajar diminta mengemukan sekurang-kurangnya 2 isi. Kalau lebih markah tidak akan dipotong.
iii) Pelajar tidak dibenarkan menulis isi yang tiada dalam petikan
iv) Jawapan yang diberikan mestilah lengkap dan bertepatan dengan peruntukan markah yang diberikan dalam soalan.

3. Soalan A(II) iii peruntukan markah maksimum bahagian ini ialah 4 markah. Soalan dalam bahagian ini ialah soalan KBKK.
i) Pelajar perlu berfikir luar dari teks tetapi masih membicarakan topik yang sama.
ii) Pelajar diminta mengenal pasti jawapan yang tiada dalam petikan. Biasanya soalan ini memerlukan langkah-langkah, cadangan, cara-cara penyelesaian, sebab-sebab dan lain-lain.
iii) Pelajar tidak dibenarkan menulis isi yang ada dalam petikan
iv) Jawapan mestilah logik dan rasional
v) Berikan jawapan seberapa banyak yang anda tahun dalam bahagian ini

Strategi menjawab

1. Baca petikan dengan memahami keseluruhan idea, kemudian perhatikan soalan yang diberikan.

2. Tentukan kehendak soalan dan jawab soalan dengan memenuhi kehendak soalan bagi memperoleh markah penuh.

3. Bina ayat yang lengkap dan elakakan menulis frasa atau ayat yang tergantung.

4. Semak ejan, tatabahasa, dan tanda baca bagi mengelakkan pemotongan markah.

5. Jawab soalan yang mudah dahulu.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B(Bahan Rangsangan)

Masa yang dicadangkan: 25 minit
Markah : 20 markah

Bentuk Soalan

1. Pelajar akan diberikan satu bahan rangsangan sama ada dalam bentuk gambar tunggal, gambar bersiri atau bahan grafik.

2. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan, pelajar dikehendaki menulis sebuah karangan yang melebihi 120 patah perkataan.

3. Pada kebiasaanya, pelajar diminta membuat ulasan umm, menyatakan sebab, memberikan cara-cara mengatasi atau memberikan cadangan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan.

4. Masa untuk menjawab soalan ini ialah 25 minit. 3 minit untuk memahami soalan dan merangka jawapan dan dua minit untuk membuat semakan. 20 minit masa untuk menjawab soalan.

5. Soalan ini mula ditanya mulai tahun 2005.

Kehendak soalan

1. Anda perlu menjawab mengikut kehendak soalan
2. Jawapan yang dihasilkan mestilah melebihi 120 patah perkataan
3. Soalan ini wajib di jawab

Bagaimana mendapat markah yang maksimum?

1. Pelajar perlu membaca dan memahami arahan soalan yang diberikan.

2. Pelajar perlu meneliti bahan rangsangan yang diberikan dan mengaitkannya dengan kehendak soalan.

3. Pelajar perlu berhati-hati semasa membuat tafsiran untuk merangka isi dan seterusnya memulakan penulisan.

4. Pelajar perlu mengikut teknik menulis karangan yang betul, iaitu dimulai dengan perenggan pendahuluan, isi, da diakhiri dengan perenggan penutup atau kesimpulan.

5. Sekurang-kurang perlu ada tiga isi. Ini bermakna sebaiknya pelajar dapat membuat lima perenggan .

6. Untuk mendapatkan pencapaian cemerlang(16-20 M), semasa menjawab soalan ini, aspek berikut perlu dititikberatkan:
a) Penggunaan kata dan ayat gramatis
b) Penggunaan kosa kata luas dan tepat
c) Penggunaan ejaan dan tanda baca betul
d) Isi mestilah tepat berdasarkan tugasan
e) Huraian, isi luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan, dan kesimpulan yang sesuai dan berkembang.
f) Pengolahan menarik dan berkesan


PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C(Karangan Respons Terbuka)

Masa yang dicadangkan: 45 minit
Markah : 40 markah

Bentuk Soalan

1.Soalan karangan respons terbuka adalah soalan Bahagian C Kertas 2 PMR Bahasa Melayu.

2.Tajuk karangan respons terbuka adalah berdasarkan kombinasi bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetika.

3.Terdapat lima soalan dalam bahagian ini. Jenis karangan yang ditawarkan terdiri daripada karangan berformat iaitu ceramah/ ucapan/ pidato/ perbahasan/wawancara@dialog/laporan/ rencana akhbar/Surat kiriman rasmi dan surat kiriman tidak rasmi. Karangan tidak berformat termasuklah perbincangan, ulasan, fakta, gambaran, peribahasa/cogan kata dan cerepen.

4.Masa yang dicadangkan ialah 45 minit

5.Pelajar hendaklah menulis karangan lebih daripada 180 patah perkataan.

Bagaimana mendapat markah yang maksimum?


PERINGKAT PENCAPAIAN
DESKRIPSI
Cemerlang ( 35 – 40)

a)Sekurang-kurangnya terdapat tiga isi, huraian isi dan contoh yang relevan
b) Perlu lebih 180 patah perkataan.
- Penggunaan kata tunggal dan pelbagai kata terbitan(kata berimbuhan) gramatis
-Penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
- Penggunaan ejaan dan tanda baca betul
- Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
- Idea relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh yang sesuai.Pengolahan menarik serta berkesan, pemerganan sesuai dan format menepati kehendak tugasan
-Terdapat ungkapan yang mudah seperti peri bahasa dan kata-kata hikmat.

Bagaimana mahir mengarang?

Gunakan semua pancaindera yang ada
- pembacaan yang meluas, mendengar, melihat, guna pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain.
- Beri perhatian semasa guru mengajar.

Terima soalan dengan lapang dada. Jangan panik jika soalan yang keluar tidak bertepatan dengan cita rasa anda.
1. Analisis soalan sebelum mengarang. Mengapa?
a) memastikan kita membaca soalan dengan teliti.
b) Menentukan kata kunci dan kehendak soalan.
c) menentukan format karangan.
d) karangan tidak terpesong.


2. Takrif karangan/soalan
Takrif soalan tidak difahami mengakibatkan pelajar menulis lain daripada apa yang dikehendaki oleh soalan (jawab mengikut kehendak soalan bukan jawab apa yang anda tahu)

3. Pastikan format karangan yang
dikehendaki. Kelalaian anda tidak
mengikut format yang betul, anda
kehilangan tiga markah.
4. Pendahuluan karangan.

Apa fungsinya?
- memperkenalkan tajuk karangan.
- menarik perhatian pembaca
- memudahkan penulis meneruskan penulisan.


Jenis-jenis pendahuluan

Pendahuluan jenis pendapat
Pendahuluan jenis definisi
Pendahuluan jenis suasana
Pendahuluan jenis persoalan
Pendahuluan jenis peribahasa

5. Sistem Perenggan

Perenggan yang sempurna sewajarnya mempunyai tiga komponen iaitu isi, huraian, dan contoh.

5.1 Kriteria menyusun perenggan dalam karangan
- mendahulukan isi yang penting
- setiap perenggan mempunyai urutan
- huraian antara perenggan lancar dan berkembang
- perenggan perlu seimbang
PMR – Sekurang-kurangnya lima perenggan – pendahuluan, tiga isi, dan penutup/kesimpulan/rumusan

6.Penutup/kesimpulan/rumusan

Perkara yang perlu diberi perhatian

i) kesimpulan mesti lembut tetapi berkesan.
ii) jangan ulang isi yang telah dikemukakan.
iii) Gunakan penanda wacana

Kriteria semasa membuat penutup;

i) Pendapat pengarang tentang kedudukan sesuatu isi yang diberi.
ii) Kemukakan sokongan atau bantahan/positif atau negatif
iii) Akibat atau kesan/implikasi
iv) Cadangan atau nasihat yang berkaitan
Secara mudah, ayat-ayat dalam bahagian penutup dapat disusun seperti berikut;

Ayat 1: Rumusan ataupun kesimpulan menyeluruh tentang isi perbincangan/huraian
Ayat 2: Menyatakan cadangan ataupun saranan yang sesuai mengikut tajuk atau kehendak soalan.
Ayat 3: Menyatakan harapan tentang isi yang telah dihuraikan dalam bahagian isi.
Ayat 4: Menyatakan pendirian tentang pokok persoalan yang telah dikemukakan dalam isi.

Kepentingan

Untuk menunjukkan sesuatu perenggan itu merupakan penutup dalam karangan mulakan dengan perkataan “kesimpulannya” atau “berdasarkan huraian”.
Catatan:
Masukkan juga ungkapan, kata-kata hikmat, pantun, peri bahasa dan sebagainya asalkan bersesuaian.

7. Memanfaatkan statistik penting
Tujuan:
- gaya penulisan lebih menarik
- meyakinkan pembaca.
- pelajar membuat rujukan sebelum mengarang.

8.Pendapat tokoh tertentu
Tujuan:
- menguatkan hujah yang diberi
- meyakinkan pembaca

9. Ayat dan frasa yang indah/peri bahasa/kata-kata hikmat/kata-kata pujangga/petikan daripada kitab suci/ petikan daripada Al-Hadis/pepatah daripada bahasa lain dan lain-lain.
Tujuan:
- ayat menjadi lebih mantap dan tepat
- menarik minat pembaca
- kepelbagian gaya bahasa
- mewujudkan perbendaharan kata yang luas.
- Kematangan bahasa penulis
Peribahasa:
Simpulan bahasa; angkat kaki, buka mata
Perumpamaan; bagai aur dengan tebing
Bidalan: ada udang di sebalik batu
Pepatah: ada kerak ada nasi

Kata-kata hikmat – tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat dan kesedaran tentang pentingnya sesuatu nilai hidup.
Bahasa jiwa bangsa
Ilmu pelita hati

Kepentingan dalam penulisan karangan
- ayat menjadi lebih mantap dan tepat
- menarik minat pembaca
- kepelbagaian kosa kata dan gaya bahasa
- kematangan bahasa penulis

Penggunaan penanda wacana dalam penulisan

Kepentingan/Kegunaan/Manfaat

- dapat menghubungkan ayat dengan ayat
- menghubungkan antara perenggan untuk menunjukkan kesinambungan idea, dan penulisan menjadi lancar.


Contoh penanda wacana;
Dengan ini, sememangnya, sejajar dengan itu, sementelahan pula, pada kebiasannya, umumnya, meskipun demikian.

10. Ejaan
Sangat penting dalam penulisan. Ejaan yang salah akan dipotong sebanyak 2 markah untuk ejaan yang salah. Kesalahan kata yang sama dalam penulisan tidak akan dikira.

11. Tata bahasa

i. kesalahan dari segi kata
kata ganti diri, kata bilangan, penjodoh bilangan, kata sendi, kata hubung, kata tanya, kata pemeri, kata nafi, kata majmuk, kata adjektif dan kata penguat.

ii. Kesalahan daripada segi frasa
Frasa nama; bentuk jamak,
hukum DM
Frasa adjektif
Penggunaan kata penguat,
kata berawalan teR+kata
penguat, penggandaan

iii. Kesalahan daripada segi ayat
Ayat tergantung, struktur ayat yang salah, ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan penggunaan partikel “kah” dalam ayat tanya.

iv. Kesalahan imbuhan
- awalan – beR, teR-, mempeR-
- akhiran – an, -kan
- apitan – meN.....kan, mempe...kan,mempeR....I

Kesalahan perbendaharaan kata
- Penggunaan kata tidak tepat
- Kata banyak makna
- Kata hampir sama makna


12. Kesalahan kosa kata

- kata tidak tepat
- kata banyak makna
- kata hampir sama makna
13. Tanda baca
- noktah, koma, titik dua dan lain-lain

Penyelesaian – harus cermat dan
berhati-hati semasa menulis.

14.Struktur ayat
Tidak janggal dan dapat difahami oleh pemeriksa
Mengikut kaedah tata bahasa yang betul.

15.Keseimbangan perenggan
Setiap perenggan hendaklah hampir sama jumlah perkatannya.

16.Kematangan fikiran – beri contoh yang sesuai
17.Tulisan – tidak semestinya cantik tetapi dapat dibaca oleh pemeriksa

Catatan – Karangan yang melebihi 180 patah perkataan memberi “imperision’ yang positif kepada pemeriksa.

Senarai semak (Selesai membuat karangan)

Tujuan – karangan menjadi lebih sempurna/baik
i. mendapat markah yang maksimum
1. nombor soalan
2. takrif karangan
3. format karangan
4. pendahuluan karangan
5. pastikan sekurang-kurangnya tiga isi, huraian dan contoh. Bina Lima perenggan.
6. perenggan yang seimbang
7. ada statistik yang bersesuaian
8. frasa yang indah
9. penanda wacana
10. ejaan yang jelas
11. struktur ayat
12. kematangan fikiran
13. tulisan dapat dibaca
14. jumlah perkataan yang cukup
(200 patah perkatan0
15. hantar jawapan

16. DOA – Anda dilahirkan di dunia bukan untuk menjadi lemah. Carilah ubat/penawar yang mujarab untuk mengatasi segala masalah anda.


PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN D(Novel Komsas)

Masa yang dicadangkan: 10 minit
Markah : 10 markah

Bentuk Soalan

1.Soalan novel merupakan soalan yang ditanya dalam bahagian D Kertas 2 PMR Bahasa Melayu.

2.Calon harus bersedia untuk ketiga-tiga novel yang dipelajari semasa di tingkatan 1, II dan III

Kehendak soalan

1.Pelajar dinasihatkan membaca soalan dengan teliti bagi menentukan novel yang perlu dipilih. Senarai novel pilihan akan diberi.

2.Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 10 minit.

3.Soalan ini memperuntukkan 10 markah.

4.Mulai tahun ini calon harus bersedia untuk menjawab soalan yang berbentuk persamaan dan perbezaan bagi novel-novel yang dipilih.

Bagaimana mendapat markah yang maksimum?

1.Soalan bahagian ini melibatkan beberapa konsep penting yang perlu dikuasai oleh pelajar. Seandainya pelajar berupaya menguasai konsep sastera yang ditetapkan atau dipelajari, pelajar boleh menjawab soalan dengan baik.

2.Aspek kajian: Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak dan Perwatakan, Plot, Latar,
Gaya Bahasa, Nilai, Pengajaran.

3.Istilah penting;

a) Sinopsis- inti pati atau ringkasan tentang perkara penting dalam sesebuah karya.
b) Tema – idea utama atau persoalan pokok yang merupakan gagasan pemikiran yang menjadi tunjang kepada sesebuah karya sastera.
c) Persoalan – isu-isu sampingan lain yang diselitkan oleh pengarang dalam bentuk gagasan.
d) Watak – pelaku yang mendukung dan menghidupkan sesebuah cerita. Perwatakan – merujuk kepada gambaran dan sifat yang dimiliki oleh watak
e) Plot – jalinan peristiwa dalam sesebuah cerita. Peristiwa yang dijalin mestilah berdasarkan sebab dan akibat.
f) Latar – ruang persekitaran tempat berlakunya sesuatu peristiwa, cerita, atau kejadian.

Masyarakat – kampung, bandar, adat, budaya, agama, ekonomi, dan politik.
Tempat – tempat peristiwa terjadi
Masa – pagi, ptg, malam dan lain-lain

7) Nilai ialah unsur yang cukup berharga dan boleh dijadikan ikutan. Nilai merujuk kepada tingkah laku atau perbuatan yang positif.

Kasih sayang, bertanggungjawab, hormat-menghormati, kebebasan, keberanian, jujur, rajin, bermasyarakat, hemah tinggi, berdikarari, baik hati, keadilan, kebersihan, amanah, bersyukur, rasional, patriotik

8) Pengajaran- peringatan pesanan atau nasihat yang boleh dijadikan
iktibar oleh pembaca.
Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara

Terbahagi kepada dua jenis 

i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khabar dan
   perbualan menerusi telefon.)
ii. wawancara dan temu ramah  ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang
   lebih dihormati , atau ingin tahu sesuatu perkara )
·         seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama
·         setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih
·         sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang. 

Lihat contoh :

Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebelum beliau bersara. Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah tersebut.
·        
Format karangan ini
nama watak ditulis selari di sebelah kiri
selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari

contoh :

Nama A    :   Assalamualaikum, Makcik.
Nama B    :   Waalaikummussalam
Nama A    :   Apa khabar Makcik ?
Nama B    :
·         Mulakan perbualan dengan salam sejahtera
·         anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu  berumur gunakan panggilan “Encik”, “Tuan”, ataupun “Makcik”
·         pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah /   
    dialog.
·         boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ‘tak’ , ‘dah’
·         soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog itu,  
    kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.
·         Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
·         elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan “ya” atau “tidak”.
·         soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.
·         kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )
·         tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat 
    tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
·         mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
·         soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh
·         Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.

CONTOH KARANGAN

TAJUK

Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan. Dalam pertandingan itu anda telah mendapat tempat kedua. Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan Melayu. Anda ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan kagum anda akan kebolehannya. Tulislah dialog anda selengkapnya.

RANGKA.

PENDAHULUAN         -        mengucapkan tahniah

ISI
a) Siva berharap agar kejayaannya memberi semangat kepada pelajar bukan Melayu yang   
    lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.
b) Menyatakan perasaan kagum -bertanya tentang cara dia mempelajari Bahasa Melayu
c) Siva menyatakan cara dia mempelajari Bahasa Melayu.

PENUTUP
Siva memberikan dorongan agar sama-sama menguasai bahasa kebangsaan

KARANGAN

( Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah )
Azman :  Tahniah,Siva,kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.
Siva    :  Terima kasih. Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat pelajar-  
             pelajar bukan Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.
Azman :  Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini. Setiap perkataan yang awak ucapkan jelas dan lancar. Bagaimanakah  cara kamu mempelajari Bahasa Melayu ?
Siva    :  Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku Bahasa Melayu yang bermutu .Di              samping itu,saya mempelajari  tatabahasa dengan baik. Saya selalu membuka kamus     
             untuk mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri saya   
             menggunakan bahasa baku apabila membaca atau bercakap
Azman :  Kalau begitu ,tidak hairanlah saya apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan 
             beberapa pelajar Melayu yang lain dalam pertandingan itu. Saya malu,Siva.
Siva    :  Mengapa ?
Azman :  Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah kerana itu   
             adalah bahasa ibunda saya. Rupa-rupanya saya silap.
Siva    :  Baguslah, Azman,kalau kamu sudah sedar. Sama-samalah kita belajar menguasai bahasa
             kebangsaan negara kita
Azman :  Ya,baiklah ,Siva...            

Tajuk : Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa. Bagaimanakah cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu berdua.

( Kamu dan Azma berada di sudut kantin sekolah )
Malim    :  Mengapa kamu bermuram saja, Azma ? Apakah kamu ada masalah ?
Azma    :  Duit saya sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim.
Malim    :  Macam mana boleh hilang ?
Azma    :  Saya letakkan dalam beg. Balik dari rehat sahaja duit dah tak ada. Saya syak Tahir  
              yang curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.
Malim    :  Bukankah cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam beg.  Sekarang   
               sudah hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa ?
Azma    :  Jika bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya  !
Malim    :  Jangan sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita mahu tutup muka   
              kita? Baik kita jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.
Azma  :  Betul juga kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan macam  kamu.

Soalan : Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar yang telah berjaya menjadi doktor perubatan , semasa majlis penyampaian ijazah di Universiti Malaya. Cuba buat satu temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang berkaitan.

(Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukakan soalan-soalan kepada Encik Karim)

Murid            : Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak kembar encik 
                     Faizul dan Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?
En. Karim       : Oh ! Saya pun tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya. Hanya saya kira   
                     Tuhan merestui kami sekeluarga.
Murid            : Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?
En. Karim       : Mmmmmmm, kalau fasal belajar, mereka memang sungguh berusaha. Hampir    
                     sepanjang waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen 
                     itu jarang sekali. Kerap kali kalau menonton pun mereka menonton siaran berita 
                     sahaja.
Murid            : Di mana mereka bersekolah ?
En. Karim       : Kesemuanya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Darau. Kemudian bersekolah 
                     menengah di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh. Semuanya mendapat pangkat satu  
                     di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran    
                     dan meneruskan pelajaran di Tingkatan Enam iaitu di Sekolah Tinggi, Jerteh. 
                     Apabila mereka lulus mereka belajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah ! 
                     Sekarang mereka sudah lulus dan menjadi doktor.
Murid            : Apakah perasaan encik sekarang ?
En. Karim       : Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan gemilang 
                     itu.
Murid            : Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk 
                     ditemubual.
En. Karim       : Terima kasih kembali.
                     (Berjabat tangan dengan murid)